Mahu

 

Setiap orang mempunyai kemahuan masing-masing. Walaupun kemahuan bagi setiap orang adalah berbeza sama juga dengan saya. Saya mempunyai beberapa kemahuan juga.

 

Saya mahu melanjutkan pelajaran di negara China. Antara universiti yang berada dalam pilihan saya termasuklah universiti Tsinghua dan universiti Beijing. Tujuan saya mahu melanjutkan pelajaran di negara China adalah saya sangat hairan bahawa jenis pelajaran yang telah digunakan oleh negara China yang dapat memupuk semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan rakyat. Melalui Covid-19 ini, kami mendapati bahawa semangat kerjasama dalam kalangan rakyat China dengan pihak kerajaan China untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini dan akhirnya negara China menjadi negara pertama yang berjaya menewaskan Covid-19 ini. Tetapi negara-negara lain termasuklah negara Amerika Syarikat dan Malaysia masih mengambil pelbagai langkah untuk menewaskan Covid-19 ini.

 

Selain itu, saya mahu menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja mahu mendapat CGPA yang cemerlang dan juga mahu mempunyai akhlak yang baik. Saya percaya bahawa semua pelajar yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di UKM mesti memenuhi syarat tertentu iaitu mendapat keputusan yang cemerlang dan mempunyai markah kokurikulum yang tinggi di peringkat matrikulasi atau Tingkatan 6 juga. Biasanya impian mereka adalah mendapat keputusan yang cemerlang semasa di universiti. Tetapi jika seseorang tersebut mendapat CGPA yang tinggi tetapi tidak mempunyai akhlak juga tidak akan disanjungi atau tidak dihormati oleh orang lain. Hal ini demikian untuk menjadi seorang pelajar yang pandai adalah senang tetapi unutk menjadi seorang pelajar yang cemerlang adalah susah.

 

Di samping itu, saya mahu memperoleh jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan saya. Meperoleh jenis pekerjaan yang bersesuian dengan kami adalah penting bagi kami. Tetapi pada masa Covid-19 ini, telah menyebabkan banyak kilang atau perniaga mengalami kerugian dan akhirnya berhenti beroperasi hai ini telah menyebabkan kadar pengangguran di negara kita meningkat. Tetapi ia juga merupakan satu peluang bagi sesetengah orang yang ingin melabur. Contohnya pada masa ini, kilang yang menghasilkan perubatan atau sarung tangan akan mendapat keuntungan yang besar dan disebabkan kekurangan tenaga pekerja mereka memerlukan lebih banyak tenaga pekerja untuk meningkat hasi mereka. Hal ini telah menghasilkan peluang pekerjaan kepada sesiapa yang baru saja kehilangan pekerjaaannya. Mana tahu dia bersesuaian atau suka dengan pekerjaan ini.

 

Kesimpulannya, saya mahu menjadi seorang pelajar yang cemerlang, saya juga mahu memperoleh jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan saya serta saya mahu melanjutkan pelajaran saya di universiti China.



评论