Raya

 


Kaum Melayu akan menyambut perayaan Hari Raya pada bulan Mei hari 13 dan 14 ini. Biasanya sempena menyambut perayaan Hari Raya lepas, mereka akan menjalankan aktiviti beli-belah di pusat membeli-belah dan mereka juga akan mengunjungi rumah saudara mara di negeri-negeri lain. Sempena perayaan ini, bilangan kereta di lebuh raya akan meningkat dan mungkin berlaku kesesakan jalan selama beberapa jam juga. Tetapi disebabkan pandemik Covid-19 ini, semua orang terpaksa menyambut perayaan ini di rumah masing-masing untuk mengelakaan jangkitaan penyakit ini.

 

            Saya mempunyai beberapa cara untuk menyambut perayaan Hari Raya pada tahun yang istimewa ini. Saya percaya bahawa semua rakyat mempunyai satu telefon pintar, kami perlu bijak menggunakan telefon pintar ini. Walaupun tidak boleh bersemuka dengan saudara mara untuk menyambut perayaan ini tetapi kami masih boleh menggunakan sosial media contohnya Facebook, Whatapps dan Telegram untuk menyambut perayaan ini bersama dengan saudara mara di atas talian. Kami boleh mengucapkan salam melalui sosial media tersebut. Hal ini juga dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain walaupun mereka semua berada di negeri atau negara lain dan juga berjaya mengurangkan risiko penyebaran penyakit yang semakin berleluasa di negara kami.

 

            Selain itu, cara menyambut perayaan Hari Raya yang agar istimewa pada tahun ini adalah saling membantu dalam kalangan ahli keluarga. Saya terdapat bahawa jika kami meraikan satu perayaan sebegini biasanya golongan remaja tidak sanggup untuk membantu, mereka lebih suka duduk di ruang tamu sambil bermain telefon pintar mereka. Tetapi bagi tahun ini, semua rakyat terpaksa menyambut perayaan ini di rumah masing-masing hal ini telah menyebabkan mereka terpaksa melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong dan membantu ibu bapa untuk menghiaskan rumah mereka. Melalui aktiviti berikut dapat merapatkan hubungan antara ahli keluarga dan sebarang perselisihan fahaman yang mungkin berlaku antara ahli keluarga juga dapat dielakkan. Dan mereka juga dapat meringankan beban ibu bapa mereka.

 

            Di samping itu, cara menyambut perayaan Hari Raya yang istimewa pada tahun ini adalah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia. Sebagai seorang rakyat Malaysia, kami perlu patuh dan mengikuti segala undang atau peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan kami. Pihak kerajaan kami telah melaksanakan MCO, tanggungkawab rakyat adalah mematuhinya iaitu berada di rumah masing-masing, tidak menjalankan sebarang aktiviti yang merentas negeri atau daerah, elakkan diri daripada tempat yang mempunyai orang ramai dan sebagainya. Saya percaya bahawa jika semua rakyat mematuhi semua undang yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan kami, kami akan menewaskan pandemik Covid-19 ini. Dan semua aktiviti harian dan aktiviti ekonomi akan kembali kepada biasa. Jika kami mematuhi undang-undang tersebut maka risiko jangkitan akan menurun dan kami masih berpeluang untuk meraikan perayaan ini pada tahun yang akan datang.

            Sebagai konklusinya, terdapat beberapa cara untuk meraikan perayaan Hari Raya yang istimewa pada tahun ini iaitu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang rakyat Malaysia, saling membantu dalam kalangan ahli keluarga serta menggunakan telefon pintar menyambut perayaan ini dengan saudara mara. Saya berharap bahawa semua rakyat Malaysia perlu bekerjasama menjalankan tanggungjawab kami sebagai rakyat Malaysia untuk menewaskan pandemik Covid-19 ini supaya kehidupan kami akan kembali kepada biasa.


评论