Peluang kedua
Apa itu peluang? Saya
yakin bahawa semua orang juga hairan dengan perkataan peluang. Walaupun saya
tidak begitu pasti maksudnya, tetapi saya percaya bahawa semua peluang hanya
bahagi kepada sesiapa yang telah membuat persediaan awal sahaja. Peluang tidak
akan bahagi kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang persediaan. Jika saya
mempunyai peluang kedua saya akan mencapai semua impian yang telah ditetapkan
oleh saya.
Jika saya mempunyai
peluang kedua saya akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan
keputusan yang baik dalam peringkat SPM. Pada masa itu, saya mempunyai satu
impian iaitu menjadi seorang guru. Tetapi pada masa itu saya tidak berminat
untuk belajar dalam kelas sains, semasa cikgu mengajar saya asyik tidur atau
berbual-bual dengan rakan. Hal ini telah memyebabkan keputusan peringkat SPM
saya tidak begitu cemerlang dan disebabkan pendapatan ibu bapa saya tidak mampu
membayar yuran kolej swasta, saya terpaksa melanjutkan pelajaran saya di
peringkat STPM. Kalau saya mempunyai peluang kedua, saya akan menghargai
peluang tersebut dan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan
keputusan yang cemerlang di peringkat SPM.
Selain itu, jika saya
mempunyai peluang kedua saya akan belajar menguasai semua perisian yang
terdapat dalam komputer. Disebabkan oleh pendapatan ibu bapa saya hanya dapat
menyara keperluan asas ahli keluarga sahaja, keluarga saya tidak mampu untuk
membeli sebuah komputer riba atau telefon bimbit bagi saya. Saya hanya dapat
menggunakan komputer semasa waktu pembelajaran komputer di peringkat sekolah
rendah dan saya langsung tidak berminat dengan komputer. Saya berjaya menguasai
penggunaan sebahagian perisian komputer seperti “excel”, “word” dan
“powerpoint” adalah semasa saya melanjutkan pelajaran di peringkat STPM. Kalau
saya mempunyai peluang kedua saya akan cuba belajar untuk menguasai perisian
komputer sejak peringkat sekolah rendah lagi. Tetapi saya yakin bahawa sekarang
baru mula belajar juga bukan satu masalah bagi saya. Kerana professor saya
telah mengajar saya teknik-teknik yang berkenaan dengan penggunaan perician
komputer telah memudahkan saya serta menjimatkan masa saya.
Di samping itu, jika saya
mempunyai peluang kedua saya akan menggunakan masa lapang saya untuk
menjalankan aktiviti melabur. Saya mendapati bahawa sebahagian rakan saya telah
menjalankan aktiviti melabur. Saya sentiasa menyatakan bahawa aktiviti melabur
mempunyai risiko yang tinggi kalau analisisnya salah mungkin akan menbawa rugi
yang besar kepada kami. Tetapi mereka memberitahu saya bahawa aktiviti melabur
mesti mempunyai risiko yang tinggi tetapi jika anda membuat analisis yang
mencukupi sebelum melabur anda akan mendapat keuntungan yang tinggi juga.
Tetapi saya masih tidak menjalankan aktiviti melabur tetapi saya telah
merancang jika ada cuti perayaan atau cuti semester saya akan cuba mengaji
bidang ini. Sebab saya mahu belajar ilmu pengetahuan melabur dan juga
menjadinya sebagai sumber wang bagi saya.
Akhir sekali, jika
saya mempunyai peluang kedua saya akan menghargai orang yang wujud dalam
kehidupan saya. Hal ini disebabkan kami semua tidak mengetahui bahawa semua
peristiwa yang akan berlaku pada hari esok. Contohnya kes kemalangan, kami
semua tidak dapat menjangka bahawa kejadian sebegini akan berlaku di sisi ahli
keluarga atau rakan kami mungkin kami berjumpa atau berkumpul hari ini tetapi
hari esok dia telah meninggal dunia. Saya pernah mengalami peristiwa ini saya memahami
bahawa kami semua mesti menghargai orang yang wujud dalam kehidupan kami
terutamanya ahli keluarga kami,jangan berasa menyesal setelah mereka telah
meninggal dunia. Contohnya pandemik Covid-19 ini, saya mendapati bahawa jumlah
kematian Covid-19 di negara kami dijangka sebanyak 1415 orang. Saya percaya
bahawa ahli keluarga bagi ahli keluarga mangsa tersebut berasa sedih serta
menyesal kerana mereka tidak mampu melayan mereka dengan baik.
Sebagai
kesimpulannya, jika saya mempunyai peluang kedua saya akan menghargai orang
yang wujud dalam kehidupan saya, belajar menguasai semua perisian yang terdapat
dalam komputer dan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan
keputusan yang baik dalam peringkat SPM. Tetapi saya masih bersyukur dengan
kehidupan sekarang, saya tidak berasa menyesal walaupun saya berasa
diri-sendiri masih lagi mempunyai kelemahan yang perlu dipertingkatkan tetapi
saya akan cuba dengan sedaya upaya untuk mencapai impian atau matlamat yang
telah ditetapkan oleh saya.
评论
发表评论