Tahniah
Dalam
ingatan saya, kebanyakan orang akan mengucapkan tahniah kepada orang tersebut
jika orang tersebut mendapat keputusan yang baik ataupun memperoleh prestasi
yang baik. Tetapi hari ini, saya bukan sahaja mahu mengucapkan tanya kepada
diri sendiri dan juga orang yang berjasa di negara kita.
Saya mahu mengucapkan tahniah kepada
diri sendiri atas keputusan yang baik di peringkat STPM. Saya tidak pernah
membayangkan bahawa pad suatu hari saya juga berpeluang untuk berdiri di atas
pentas sekolah disebabkan oleh keputusan yang baik. Saya memperoleh keputusan
yang sederhana sejak peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat sekolah
menengah. Saya mempercayai bahawa saya berpeluang untuk memperoleh keputusan
yang baik ini adalah disebabkan oleh saya sentiasa memberi perhatian semasa
pembelajaran dan jika ada sebarang soalan yang tidak difahami oleh saya, saya
akan bertanya dengan cikgu saya. Setiap malam, saya akan membuat latihan yang
diberikan oleh cikgu saya dan juga latihan tambahan yang saya dapat daripada
rakan saya. Melalui process ini, saya dapat menguasai kebanyakan soalan dan
juga konsepnya. Hal ini telah bermanfaat kepada saya, semasa saya menduduki
peperiksaan STPM.
Saya mahu mengucapkan tahniah kepada
diri sendiri disebabkan saya tidak pernah berputus asa untuk menimba ilmu
pengetahuan saya sejak kecil lagi. Saya mempercayai bahawa semua orang akan
menghadapi cabaran masing-masing di setiap peringkat termasuklah dengan saya.
Masa peringkat SPM, disebabkan oleh kebanyakan konsep sains yang sukar difahami
oleh saya contohnya mata pelajaran Kimia hal ini telah menyebabkan saya berasa
sengsara untuk menguasainya. Tetapi saya bersyukur kerana saya tidak berputus
asa pada masa itu, saya menganggapnya sebagai satu cabaran bagi saya dan
akhirnya saya berjaya menyelesaikan cabaran ini. Melalui peristiwa ini,
keyakinan saya kian hari kian meningkat dan saya percaya bahawa walaupun ada
cabaran yang lebih sukar sedang menunggu ketibaan saya tetapi saya tetap akan
cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya.
Saya mahu mengucapkan tahniah kepada
semua rakyat yang telah menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing. Semasa
negara kami berlaku pandemik Covid-19 ini, pihak kerajaan telah melaksanakan
MCO di negara kami tujuannya adalah untuk memutuskan penyebaran pandemik
Covid-19 berleluasa di negara kami. Semasa MCO ini, semua anggota yang
berkenaan contohnya semua kakitangan perubatan, semua anggota polis dan juga
semua anggota askar telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Anggota
polis dan askar bertanggungjawab memutuskan semua kenderaan yang mahu merentasi
negeri manakala anggota kakitangan perubatan bertungkus-lumus merawat semua
pesakit yang menjangkiti penyakit ini tanpa mengira kaum kerana tanggungjawab
mereka adalah merawat pesakit mereka sehingga pesakit mereka pulih. Dan
sebahagian pihak yang berkenaan telah berkorban diri semasa menjalankan
tanggungjawab mereka.
Sebagai konklusinya, di sini saya mahu
mengucapkan tahniah kepada saya diri sendiri, kepada sesiapa yang mendapat
keputusan baik atau prestasi yang baik dan saya juga mahu mengucapkan tahniah
kepada semua rakyat yang telah menjalankan tanggungjawab mereka masing-masing
atau kepada rakyat yang telah mengharumkan nama negara kita ke prestasi
antarabangsa.
评论
发表评论