About me
Nama saya ialah Pang Leng Kai. Saya berumur 21tahun. Saya sedang melanjutkan pelajaran di UKM dan mata pelajaran yang ditawarkan oleh UPU adalah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Tempoh pelajaran saya adalah sebanyak 3tahun. Saya berasal daripada negeri Pulau Pinang, Butterworth. Pulau Pinang merupakan salah satu negeri yang berkembang pesat dan sentiasa mencapai prestasi cemerlang dalam semua bidang. Sekolah menengah saya ialah SMK Telok Air Tawar. Semua guru yang berada di sekolah ini mempunyai pengalaman yang banyak dan mereka juga sentiasa berkongsi pengalaman mereka kepada kami. Dan saya juga memperkenalkan rakan-rakan yang berbilang kaum di sekolah tersebut. Saya juga berasa hairan kerana mereka juga menonton chinese drama dan korean drama. Biasanya, kami akan berkumpul di dalam kelas pada waktu rehat untuk membincang perkembangan drama tersebut. Walaupun pada masa ini, kami telah dibahagikan kepada universiti awam yang berbeza tetapi kami masih menggunkan sosial media unutk berkomunikasi antara satu sama lain.
Seterusnya, hobi saya adalah bersenam, berenang, membaca buku novel, mendengar lagu, menonton drama dan makan. Selepas menjalankan aktiviti bersenam, saya berasa otak saya menjadi lebih cerdas dan badan menjadi lebih cergas. Biasanya, saya akan menjalankan aktiviti bersenam pada waktu lapang. Selain itu, kenapa saya suka membaca buku novel? Hal ini demikian kerana melalui novel saya mendapati ilmu pengetahuan baru, kalau saya mendapati perkataan atau ayat yang sangat mengelirukan saya, saya akan menggunakan kamus untuk mencari maksud tersebut.
Akhirnya, impian saya sepanjang tempoh masa ini adalah melanjutkan pelajaran di negara China. Tujuannya adalah saya mahu mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan untuk menambahkan ilmu pengetahuan saya sendiri serta saya sangat hairan dengan semangat patriotisme tinggi yang ada pada kalangan masyarakat China, mereka sanggup mengorbankan diri untuk mempertahankan tanah air mereka. Saya juga mendapati bahawa taraf pendidikan di negara China sangat bermutu dan jika saya pergi melanjutkan pelajaran di sana, saya perlu bersaing dengan pelajar-pelajar negara tersebut. saya berasa inilah peluang bagi saya unutk mempertingkatkan ilmu pengetahuan atau teknik saya juga.
评论
发表评论