Impian

 


Saya percaya bahawa semua orang mempunyai impian masing-masing termasuklah saya. Untuk mencapai impian yang telah ditetapkan oleh kami sendiri kami akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai impian kami. Terdapat beberapa impian yang telah ditetapkan oleh saya sendiri iaitu melanjutkan pelajaran ke luar negara, menjadi pelajar cemerlang dan memperoleh pekerjaan yang bersesuaian dengan saya.

 

Salah satu impian saya adalah melanjutkan pelajaran di negara China. Antara universiti yang berada dalam pilihan saya termasuklah universiti Tsinghua dan universiti Beijing. Tujuan saya mahu melanjutkan pelajaran di negara China adalah saya sangat hairan bahawa jenis pelajaran yang telah digunakan oleh negara China yang dapat memupuk semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan rakyat. Melalui Covid-19 ini, kami mendapati bahawa semangat kerjasama dalam kalangan rakyat China dengan pihak kerajaan China untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini dan akhirnya negara China menjadi negara pertama yang berjaya menewaskan Covid-19 ini. Tetapi negara-negara lain termasuklah negara Amerika Syarikat dan Malaysia masih mengambil pelbagai langkah untuk menewaskan Covid-19 ini.

 

Selain itu, menjadi seorang pelajar yang cemerlang adalah salah satu impian saya juga. Seorang pelajar yang cemerlang bukan sahaja mahu mendapat CGPA yang cemerlang dan juga mahu mempunyai akhlak yang baik. Saya percaya bahawa semua pelajar yang berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di UKM mesti memenuhi syarat tertentu iaitu mendapat keputusan yang cemerlang dan mempunyai markah kokurikulum yang tinggi di peringkat matrikulasi atau Tingkatan 6 juga. Biasanya impian mereka adalah mendapat keputusan yang cemerlang semasa di universiti. Tetapi jika seseorang tersebut mendapat CGPA yang tinggi tetapi tidak mempunyai akhlak juga tidak akan disanjungi atau tidak dihormati oleh orang lain. Hal ini demikian untuk menjadi seorang pelajar yang pandai adalah senang tetapi unutk menjadi seorang pelajar yang cemerlang adalah susah.

 

Memperoleh jenis pekerjaan yang bersesuaian dengan saya adalah salah satu impian saya pada tahun yang akan datang. Memperoleh jenis pekerjaan yang bersesuian dengan kami adalah penting bagi kami. Tetapi pada masa Covid-19 ini, telah menyebabkan banyak kilang atau perniaga mengalami kerugian dan akhirnya berhenti beroperasi hai ini telah menyebabkan kadar pengangguran di negara kita meningkat. Tetapi ia juga merupakan satu peluang bagi sesetengah orang yang ingin melabur. Contohnya pada masa ini, kilang yang menghasilkan perubatan atau sarung tangan akan mendapat keuntungan yang besar dan disebabkan kekurangan tenaga pekerja mereka memerlukan lebih banyak tenaga pekerja untuk meningkat hasi mereka. Hal ini telah menghasilkan peluang pekerjaan kepada sesiapa yang baru saja kehilangan pekerjaaannya. Mana tahu dia bersesuaian atau suka dengan pekerjaan ini.

 

Seterusnya, salah satu impian saya pada tahun yang akan datang adalah mahu melahirkan rakyat yang berbilang kaum dan berfikiran terbuka. Saya mendapati bahawa negara kami sedang menghadapi masalah yang agar serius ini iaitu masalah diskriminasi perkauman. Masalah ini bukan sahaja wujud di kalangan rakyat tetapi juga berlaku di kalangan pemimpin negara kita. Saya berasa sangat kecewa terhadap pemimpin negara kita. Mereka hanya mementingkan kepentingan mereka masing-masing tetapi sesiapa yang mementingkan kepentingan rakyat. Jika sesebuah negara yang sentiasa memainkan isu berkaitan dengan perkauman atau agama dan masalah rasuah bagaimana negara tersebut dapat memacu ke arah yang maju. Contohnya perdana menteri kami sentiasa mengatakan bahawa orang melayu adalah masyarakat yang paling miskin di Malaysia. Adakah semua masyarakat cina dan india merupakan masyarakat yang kaya di negara ini. Perbuatan ini hanya meningkatkan sikap dendam dalam kalangan masyarakat. Tetapi saya percaya bahawa negara ini akan dipimpin oleh generasi muda pada masa yang akan datang dan merekalah yang berfikiran terbuka untuk menerima sebarang pendapat daripada rakyat untuk membawa negara kita memacu ke arah yang maju. Untuk membuat perubahan ini, saya juga akan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ini untuk melahirkan masyarakat yang berbilang kaum.

 

Akhir sekali meningkatkan taraf pendidikan masyarakat juga merupakan salah satu impian saya. Taraf pendidikan masyarakat memainkan satu peranan yang penting di negara tersebut. Jika negara tersebut diiktiraf sebagai negara maju maka taraf pendidikan di negara tersebut adalah tinggi. Tetapi di negara kita masih tidak mencapai taraf pendidikan yang tinggi hal ini demikian kerana segelintir masyarakat yang miskin tidak mampu menghantar anak mereka pergi ke sekolah dan kemudahan persekolahan di kawasan pedalaman adalah tidak lengkap. Hal ini telah menyebabkan pelajar tidak mahu pergi ke sekolah disebabkan perjalanan yang jauh. Unutk meningkatkan taraf pendidikan masyarakat di negara kita, saya akan turut melibatkan diri dengan menderma kemudahan persekolahan kepada sekolah yang berada di kawasan pedalaman. Walaupun saya tidak mampu menderma kemudahan persekolahan dengan banyak tetapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit juga. Saya percaya bahawa dengan perlakuan yang dijalankan oleh kami juga dapat mempengaruhi orang lain juga.

 

Sebagai konklusinya, antara beberapa impian yang telah ditetapkan oleh saya pada tahun yang akan datang adalah melanjutkan pelajaran ke universiti luar negara, meningkatkan taraf pendidikan masyarakat dan juga melahirkan masyarakat yang berbilang kaum serta bersifat terbuka. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai impian yang telah ditetapkan oleh saya. Semua impian ini akan menjadi satu cabaran yang akan dihadapi oleh saya. Nasib adalah di tangan sendiri, sesiapa pun tidak dapat membantu kami untuk menetapkan atau mengubah nasib kami. Saya percaya bahawa pada masa yang akan datang kami generasi muda akan menguasai nasib negara kita dan menuju ke arah maju.


评论