Me and Covid-19

  



 
Pandemik Covid-19 ini telah wujud sejak tahun 2019 hingga sekarang masih tidak belum dikawal dengan sepenuhnya di negara kita. Demi kesihatan kami, kerajaan kami telah melaksanakan SOP untuk mengawal pandemik Covid-19. Hal ini telah menyebabkan kami terpaksa berada di rumah masing-masing saja. Disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini telah membawa perubahan yang besar terhadap gaya hidup kami. Saya terpaksa membatalkan perjalanan saya untuk bertolak ke UKM untuk membuat pendaftaran sacara fizikal dan hanya dapat mendaftarkan diri di atas talian. Hal ini telah menjadi salah satu cabaran baru bagi saya. Saya juga terpaksa belajar secara online dan bukan belajar secara bersemuka untuk mengurangkan risiko penyebaran pandemik Covid-19. Seterusnya, saya dan rakan-rakan saya terpaksa menggunakan sosial media untuk berkomunikasi dan membincang semua Latihan yang diberikan oleh professor kami.
 


     Disebabkan oleh pandemik Covid-19 ini saya terpaksa belajar secara online. Saya telah menghadapi beberapa cabaran semasa belajar secara online. Cabaran yang pertama adalah ketidakstabilan internet. Kadangkala internet di kawasan perumahan saya tidak stabil telah menyebabkan saya tidak dapat mengikuti isi penting yang telah dibincangkan oleh professor saya. Selain itu, kebanyakan professor akan menggunakan aplikasi UKMfolio untuk menyuruh kami menghantar jawapan peperiksaan kami. Tetapi disebabkan oleh ketidakstabilan internet telah menyebabkan saya lewat menghantar jawapan peperiksaan saya dan terpaksa menerima hukuman professor saya iaitu menolak markah peperiksaan saya. Seterusnya, disebabkan oleh ketidakstabilan internet, saya terpaksa keluar dari rumah untuk mencari tempat lain yang mempunyai internet yang stabil dan cepat. Contohnya, saya pernah pergi ke café Fresh yang mempunyai kemudahan internet yang stabil untuk belajar disebabkan oleh ketidakstabilan internet di rumah saya.


    Selain itu, cabaran seterusnya adalah terlalu banyak kerja rumah. Disebabkan oleh pembelanjaran secara online masa saya menjadi lebih fleksibel. Saya boleh memilih masa pembelajaran yang sesuai bagi saya. Tetapi disebabkan oleh pembelanjaran secara online, professor saya takut kami tidak mampu untuk menguasai ilmu pengetahuan yang mahu disampaikan oleh dia. Dia telah mengadakan pelbagai jenis kuiz atau ujian untuk memastikan semua pelajar dapat menguasai mata pelajaran tersebut. Hal ini telah menyebabkan masa lapang saya menjadi lebih terhad. Biasanya, pada hari Isnin hingga Jumaat saya terpaksa berhadapan dengan komputar riba saya sepanjang 6 atau lebih daripada 6 jam sehari.


    Akhirnya, walaupun terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh saya semasa pembelajaran online. Tetapi saya masih berharap agar pandemik Covid-19 ini dapat dikawal dengan baik dan gaya kehidupan saya akan bertukar menjadi biasa. 



  

评论