Bebas
Bilakah saya akan
bebas daripada semua perkara yang merungsingkan saya? Kenapa saya mahu
menghadapi dengan perkara-perkara ini? Saya juga pernah bayangkan bahawa saya
merupakan seekor burung terbang di langit dengan bebas.
Bilakah saya akan
bebas daripada ancaman pandemik Covid-19 ini? Negara kami telah melaksanakan
MCO sejak bulan Mac 2020, pihak kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah
untuk mengehadkan penyebaran Covid-19 ini contohnya semua rakyat perlu berada
dalam rumah masing-masing, semua rakyat mesti memakai penutup hidung dan mulit
serta dilarang menjalankan segala aktiviti berkumpul. Pada masa itu, semua
rakyat juga bekerjasama dan juga mendengar nasihat pihak kerajaan hal ini telah
berjaya mengehadkan penyebaran pandemik Covid-19 di negara kami. Tetapi kenapa
sekarang pandemik Covid-19 di negara kami semakin meningkat? Hal ini disebabkan
oleh sikap masyarakat yang mementingkan diri-sendiri dan kegagalan dasar yang
dikenakan oleh pihak kerajaan. Saya sangat rindu akan gaya hidup yang bebas
daripada ancaman pandemik Covid-19 ini.
Bilakah saya akan
bebas daripada tekanan pelajaran saya? Saya percaya bahawa semua pelajar akan menghadapi
tekanan dalam pelajaran masing-masing. Tahap tekanan yang dihadapi oleh semua
pelajar adalah berbeza dan jika pelajar tersebut melanjutkan pelajarannya pada
peringkat yang tinggi maka tekanan pelajar tersebut juga meningkat. Contohnya,
kerja rumah yang banyak, kerja kursus yang berlainan serta kuiz yang dibagikan
oleh professor hampir sebulan sekali. Hal ini telah meningkatkan beban pelajar
disebabkan pelajar perlu membuat kerja rumah yang telah disediakan oleh
professor serta mahu mengulang kaji topik yang telah diajar oleh professor. Tetapi
saya mempunyai satu cara untuk meringankan beban saya iaitu setiap hari
mengeluarkan satu masa lapang saya menjalankan aktiviti bersenam. Selepas
bersenam, saya berasa otak saya menjadi cerdas, tibuh menjadi cergas.
Bilakah saya bebas
melanjutkan pelajaran saya di universiti China? Antara universiti yang berada
dalam pilihan saya termasuklah universiti Tsinghua dan universiti Beijing.
Tujuan saya mahu melanjutkan pelajaran di negara China adalah saya sangat
hairan bahawa jenis pelajaran yang telah digunakan oleh negara China yang dapat
memupuk semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan rakyat. Saya juga hairan
bahawa pelajar China menggunakan berapa jam untuk membuat ulang kaji mereka
untuk sehari. Saya pernah membaca satu kajian tentang berapa jam yang akan
digunakan oleh pelajar China untuk membuat ulang kaji mereka untuk sehari. Kajian
tersebut telah menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar China menggunakan
sekurang-kurangnya lapan jam untuk membuat ulang kaji mereka untuk sehari.
Mereka percaya bahawa melalui keputusan yang cemerlang akan menentukan masa
depan mereka sentiasa cerah.
Sebagai konklusinya,
terdapat beberapa kebebasan saya iaitu bilakah saya bebas untuk melanjutkan
pelajaran saya di universiti China, bilakah saya bebas daripada tekanan
pelajaran saya dan bilakah saya akan bebas daripada pandemik Covid-19 ini? Saya
berharap bahawa saya dapat bebas daripada masalah atau berjaya melanjutkan
pelajaran saya di universiti China. Saya akan mengatasi tekanan sebegini dengan
cara yang bersesuian.
评论
发表评论