Cuti
Akhirnya
saya telah mempunyai cuti sekolah selama satu minggu ini. Sebelum bercuti, saya
telah membuat beberapa perancangan yang ingin dijalankan oleh saya semasa cuti
sekolah ini. Tetapi cuti sekolah ini tidak sama seperti cuti sekolah yang lepas
disebabkan pandemik Covid-19 ini yang semakin berleluasa kawasan saya telah
melaksanakan MCO dan semua orang yang tidak berkenaan terpaksa berada di rumah
masing-masing termasuklah saya juga.
Perancangan pertama saya dalam
minggu ini adalah membuat ulang kaji terhadap semua mata pelajaran yang telah
diajar oleh professor saya. Contoh mata pelajaran adalah perakaunan,
makroekonomi dan sebagainya. Semasa minggu pembelajaran saya tidak mempunyai
masa yang banyak untuk membuat ulang kaji disebabkan setiap hari selasa hingga
jumaat saya mempunyai hampir dua kelas secara online sehari. Tetapi minggu ini,
saya tidak mempunyai sebarang kelas secara online, saya mahu menggunakan
kesempatan ini untuk membuat ulang kaji terhadap semua mata pelajaran yang sukar
difahami oleh saya.
Perancangan kedua saya dalam minggu
ini adalah menguasai Bahasa inggeris saya. Saya tidak berminat untuk belajar
atau menguasai Bahasa inggeris sejak kecil lagi. Saya lebih suka belajar Bahasa
cina dan juga Bahasa melayu jika berbanding dengan Bahasa inggeris. Mungkin
saya berasa Bahasa cina dan Bahasa melayu lebih mudah untuk menguasai atau
belajar. Tetapi dalam minggu ini, saya mula menulis sebarang perkataan Bahasa
inggeris yang saya tidak fahami bersama dengan maksudnya dalam satu buku nota.
Setiap hari saya akan menggunakan masa lapang saya untuk membaca buku nota saya
dan mendengar speech di Youtube.
Perancangan ketiga saya dalam minggu
ini adalah membaca buku novel saya. Saya telah membeli beberapa buah buku novel
melalui aplikasi popular online dan buku-buku tersebut telah sampai pada hari
sabtu yang lepas. Saya merancang untuk membaca buku-buku tersebut pada minggu
ini. Saya suka membaca buku novel disebabkan saya berasa membaca buku novel
dapat menimba ilmu pengetahuan yang banyak dan juga dapat menguasai lebih
banyak perkataan yang lumayan. Saya juga mendapat beberapa pengajaran atau
kemahiran melalui buku novel.
Kesimpulannya, perancangan saya
dalam minggu cuti ini adalah membaca buku novel, menguasai Bahasa inggeris serta
membuat ulang kaji. Saya percaya bahawa usaha saya akan membawa balasan yang
lumayan kepada saya. Bak kata “susah-susah dahulu, senang-senang kemudian”.
评论
发表评论