Labtest

 


Hari Jumaat yang lepas, saya telah menduduki satu peperiksaan bernama Labtest. Peperiksaan ini amat penting bagi saya disebabkan ujian ini menguasai sebanyak 30% bagi subject ini.

 

            Saya telah cuba sedaya upaya untuk membuat persediaan awal bagi subject ini dan saya juga menggunakan masa satu minggu untuk membuat ulangkaji. Saya telah memberi perhatian tentang teknik-teknik yang disampaikan oleh cikgu saya dan jika ada tempat yang saya tidak memahami saya menonton video yang telah direkod oleh rakan saya. Saya juga mengikuti cara yang diajar oleh cikgu saya untuk membuat Labtest sendiri.

 

            Tetapi pada hari peperiksaan tersebut, saya didapati bahawa ada satu formula yang tidak saya pernah belajar. Pada masa itu, saya berasa cemas sebab saya memang tidak mengetahui cara formula untuk mendapatkan jawapan tersebut dan saya juga cuba untuk menenangkan hati saya. Disebabkan oleh kesuntukan masa, saya terpaksa menggunakan kalkulator saya untuk mendapatkan jawapan tersebut.

 

            Disebabkan kecuaian saya, saya tidak memerhati bahawa formula tersebut mengandungi satu ^2. Selepas saya hamper menyiapkan semua file excel baru saya mendapati bahawa saya tertinggal ^2 yang terletak di dalam formula tersebut. Hal ini telah menyebabkan saya terpaksa membuat sekali untuk mendapatkan jawapan yang betul dan perkara ini juga membazirkan masa saya. Hal ini telah menyebabkan saya berasa panik dan cemas.

 

            Tetapi bernasib baik, cikgu saya telah menambahkan masa penghantaran file peperiksaan saya dan saya juga berjaya menghantar file saya kepada cikgu saya. Selepas kejadian ini saya telah mendapatkan beberapa pengajaran iaitu membaca semua soalan dan formula dengan teliti. Selain itu, membuat ulangkaji lebih awal contohnya, sebelum dua atau tiga minggu sebelum hari peperikasaan yang akan datang dan juga jangan berasa panik cubalah sedaya upaya usaha anda.


评论