Bebas
Setiap
orang mempunyai kebebasan diri. Dan kebebasan bagi setiap orang adalah berbeza.
Tetapi betulkah anda bebas?
Adakah anda bebas daripada ikatan
ahli keluarga? Saya percaya bahawa semua anak akan berasa bahawa kebebasan
mereka telah diikat oleh ahli keluarga contohnya ibu dan bapa. Mereka biasanya menyuruh
anak mereka untuk membuat sesuatu perkara yang tidak disukai oleh anak tersebut
atau sebelum mendapatkan keizinan anak mereka, mereka telah mewakili anak
mereka untuk membuat keputusan tersebut. Misalnya, sebelum mendapatkan pendapat
atau keizinan anaknya mereka telah mendaftar ke pusat tuisyen disebabkan mereka
mahu anaknya menimba lebih banyak ilmu pengetahuan. Hal ini akan menyebabkan
hubungan antara anak dengan ibu bapa mereka menjadi lebih regang.
Adakah anda bebas daripada ancaman
mengenai isu keselamatan diri sendiri? Pada pendapat saya, saya berasa ancaman
mengenai isu keselamatan diri sendiri masih berada di sisi anda. Setiap hari
semasa saya membaca surat khabar atau sosial media contohnya Facebook dan
Whatapps, saya mendapati bahawa kes jenayah dan kes rompakan semakin meningkat
di negara kami. Dan ada segelintir mangsa telah kehilangan nyawa dalam kes-kes
rompakan yang berlaku di negara kami. Saya ingin menasihati semua rakyat
Malaysia bahawa pada waktu malam jangan berjalan di lorang atau tempat yang
gelap dan bagi wanita juga jangan berjalan bersendirian di mana-mana tempat
kalua boleh carilah satu teman untuk menemani anda. Dan janganlah memakai atau
menggunakan barang yang berharga semasa membeli makanan atau di kawasan luar
rumah.
Adakah anda bebas daripada proses
untuk menimba ilmu pengetahuan? Pada pendapat saya, saya berasa tiada sesiapa
yang pernah bebas daripada proses untuk menimba ilmu pengetahuan mereka. Setiap
orang masih berada dalam perjalanan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang
mereka masih tidak menguasainya tidak mengira anda golongan remaja atau
golongan orang tua. Bagi saya, setiap hari saya akan menceburi perkataan Bahasa
inggeris yang saya tidak mengetahui maksudnya dan saya akan menulisnya dalam
satu nota hal ini telah memudahkan saya membuat ulangkajinya. Dan saya juga
akan menggunakan masa lapang saya untuk membaca buku novel atau buku-buku lain
dan mencatatkan ayat yang cantik dalam satu nota untuk mendorong diri menjadi
orang yang lebih baik daripada keadaan saya sekarang.
Sebagai konklusinya, saya percaya
bahawa mungkin kami tidak akan mendapatkan kebebasan dalam semua dugaan yang
dihadapi oleh kami tetapi jika kami berani untuk mencabar dugaan yang dihadapi
oleh kami saya percaya kami akan berjaya pada masa depan yang akan datang.
评论
发表评论