Tujuan

 

        Setiap kali saya melakukan sesuatu perkara, saya akan bertanya sendiri kenapa saya mahu melakukan perkara ini? Apakah tujuan saya melakukan perkara tersebut? Tetapi saya mendapati bahawa setiap perkara yang dilakukan oleh saya mesti ada tujuannya.

 

            Saya akan menyertai ceramah yang bermanfaat kepada saya. Tujuan saya menyertai ceramah-ceramah ini adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan saya. Saya tidak akan melepaskan sebarang peluang untuk menyertai ceramah yang saya berminat contohnya ceramah memupuk tabiat menabung serta ceramah memupuk perpaduan kaum di negara kita. Melalui ceramah sebegini, saya membuat nota sendiri terutamanya isu-isu penting yang telah didedahkan oleh penceramah dan saya akan cuba melaksanakannya. Walaupun permulaannya agar susah bagi saya tetapi kalua saya dapat melaksanakannya setiap hari maksudnya saya telah berjaya. Contohnya tabiat menabung. Kalau saya memasukkan sebanyak RM1 ke dalam tabung saya selepas satu bulan tabung saya akan mempunyai sebanyak RM30. Wang ini boleh digunakan sebagai wang kecemasan.

 

            Saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh. Tujuan saya belajar dengan bersungguh-sungguh adalah untuk menjadi seorang yang berguna terhadap negara. Biasanya saya akan menggunakan masa lapang saya untuk membaca bahan bacaan yang lain seperti buku ekonomi dan juga buku pandangan ahli politik. Melalui bahan bacaan sebegini akan meningkatkan ilmu pengetahuan saya dan saya juga boleh mengetahui bahawa perkara-perkara yang berlaku di negara kita atau cabaran yang dihadapi oleh negara kita. Contohnya melalui bahan bacaan di atas talian, saya mendapati bahawa pandemik Covid-19 di negara kita semakin berleluasa dan kes kematian pandemik Covid-19 di negara kita semakin meningkat pada bulan Mei ini. Saya berharap bahawa semua rakyat bekerjasama menjalankan tanggungjawab sendiri dan mematuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan kami. Jika semua rakyat mematuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan kami, saya percaya bahawa negara kami akan berjaya menewaskan pandemik Covid-19 yang dahsyat ini.

 

            Jika mempunyai peluang ini saya akan melanjutkan pelajaran di negara China. Tujuan saya mahu melanjutkan pelajaran di negara China adalah saya ingin meluaskan pandangan saya di negara lain. Universiti pilihan saya di negara China termasuklah universiti Beijing dan universiti Fudan. Sebab saya memilih negara China sebagai destinasi saya adalah disebabkan taraf pendidikan negara China yang tinggi dan juga disebabkan oleh negara China merupakan sebuah negara besar yang sedang  membangun dan perkembangan ekonomi yang pesat. Hal ini telah menarik tumpuan orang ramai datang ke negara China untuk melanjutkan pelajaran, mencari pekerjaan atau menjalankan aktiviti perniagaan. Pihak kerajaan China juga menawarkan tawaran yang lumayan kepada pelajar antarabangsa yang ini melanjutkan pelajaran di negara China. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan tawaran melanjutkan pelajaran di sana.

 

            Kesimpulannya, saya percaya bahawa semua perkara yang dilakukan oleh saya mesti ada tujuannya. Dan saya akan cuba sedaya upaya untuk melakukan perkara tersebut dengan baik.

评论