PKP 3.0
Negara
kami telah menjalankan PKP 3.0 pada 1Jun 2021. Tujuan pihak kerajaan
menjalankan PKP 3.0 ini adalah untuk memutuskan penyebaran pandemik Covid-19 di
negara kita. Tetapi sejak hari ini, kes Covid-19 di negara kami masih meningkat
bukan menurun. Hal ini telah membimbangkan orang ramai disebabkan kes kematian
pandemik Covid-19 ini juga semakin meningkat. Terdapat beberapa faktor yang
telah menyebabkan pandemik Covid-19 ini semakin berleluasa.
Antara faktor pertama adalah
kelonggaran undang-undang yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.
Contohnya mengenakan tindakan yang tegas terhadap sesiapa yang melanggar
peraturan ini. Semasa saya melayari sosial media, saya mendapati bahawa
kebanyakan rakyat masih tidak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh
pihak kerajaan kami. Contohnya, pihak polis telah menjalankan siasatan terhadap
masyarakat yang mahu merentas negeri dan mereka mendapati bahawa sebab
sebahagian daripada mereka ini mahu merentas negeri disebabkan mereka mahu
membungkus makanan yang sedap di negeri lain. Untuk mengatasi masalah sebagini,
pihak kerajaan mesti mengenakan tindakan yang tegas terhadap masyarakat
sebegini contohnya menyuruh mereka bertugas di hospital yang memerlukan
kakitangan.
Selain itu, faktor pihak kerajaan
yang tidak mempunyai pandangan yang luas, mereka hanya merupakan masyarakat
yang mempunyai pandangan sempit sahaja. Dalam satu temu ramah yang telah
dijalankan oleh pihak media massa dengan perdana menteri kita. Dalam temu bual
tersebut, tuan rumah telah bertanya kepada perdana menteri apakah langkah yang
akan diambil oleh pihak kerajaan kami untuk mengawal penyebaran pandemik
Covid-19 ini, perdana menteri kami telah menjawab bahawa semua rakyat perlu
melaksanakan tanggungjawab sendiri, pihak kerajaan bukan sentiasa mengawasi
rakyat Malaysia. Apabila saya menonton temu ramah ini, saya berasa kecewa dan
juga hairan. Disebabkan rakyat tidak dapat menjalankan tanggungjawab
masing-masing maka kami perlulah pihak kerajaan untuk mengawasi dan mengambil
segala tindakan yang berkesan agar semua rakyat dapat mematuhi dan menjalankan
segala tanggungjawad mereka. Untuk mengatasi masalah ini, pihak kerajaan
perlulah menganalisis bahawa cara yang paling berkesan agar semua rakyat dapat
menjalankan tanggungjawab masing-masing.
Di samping itu, faktor sikap rakyat
yang mementingkan diri-sendiri. Sikap rakyat yang mementingkan diri-sendiri
telah menyebabkan pandemik Covid-19 semakin berleluasa di negara kita. Contohnya
memakai topeng muka. Selepas MCO 1.0, saya mendapati bahawa sebahagian
masyarakat tidak memakai topeng muka mereka. Hal ini bukan sahaja telah membawa
kebimbangan kepada jiran mereka dan juga masyarakat. Mereka mungkin akan
menjadi sasaran pandemik Covid-19 ini, dan ahli keluarga serta sesiapa yang
sentiasa bertemu dengan mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk menjangkiti
pandemik Covid-19 ini. Untuk mengatasi masalah ini, semua rakyat perlu
menjalankan tanggungjawab masing-masing dan jika mendapati bahawa sesiapa yang
tidak memakai topeng muka boleh membuat laporan kepada polis.
Sebagai konklusinya, semua pihak
yang berkenaan perlulah nenjalankan tugasan masing-masing untuk memastikan PKP
3.0 ini berjaya menewaskan pandemik Covid-19 yang semakin berleluasa di negara
kita.
评论
发表评论