Senaman
Senaman
mempunyai kebaikan yang tersendiri seperti mengawal tekanan darah, menguatkan
jantung, menurunkan kolestrol, dan sebagainya. Senaman mampu membakar kalori
yang diambil di dalam tempoh seharian bagi sesiapa yang mempunyai niat untuk
menurunkan berat badan juga. Namun begitu, mengapakah remaja pada zaman
sekarang malas bersenam?
Remaja pada hari ini, sebab remaja
malas bersenam kerana mereka lebih suka menghabiskan masa mereka dengan
menghadap gajet terutamanya telefon pintar. Pada zaman moden ini, banyak
permainan dalam talian yang wujud seperti mobile legends, PUBG, dan sebagainya.
Remaja sanggup menghabiskan masa yang Panjang untuk bermain permainan-permainan
maya ini.
Selain itu, ibu bapa kurang
memberikan galakan kepada anak-anak untuk bersenam. Ibu bapa sendiri juga
jarang bersenam kerana mereka terlalu sibuk dengan urusan harian masing-masing.
Mereka perlu bekerja dalam masa yang panjang untuk menyara ahli keluarga mereka
atau mahu memberi anak mereka hidup dalam kemewahan. Hal ini telah menyebabkan
mereka tidak mempunyai masa lapang untuk menemani anak mereka bersama-sama
untuk menjalankan aktiviti senaman.
Senaman tidak semestinya perlu
dilakukan di luar rumah tetapi dapat dilakukan di mana-mana sahaja termasuklah
di dalam rumah. Misalnya, remaja boleh melakukan aktiviti tekan tubi, lompat
bintang, dan berlari setempat di dalam rumah. Remaja perlulah bersenam
sekurang-kurangnya dua kali seminggu untuk mengamalkan kesihatan diri. Dengan
perkataan lain, remaja hendaklah menjadikan senaman sebagai amalan dalam
kehidupan demi mengelakkan mereka daripada dijangkiti pelbagai penyakit
jantung, hipertensi, dan strok.
评论
发表评论