Perpaduan Kaum
Negara kami telah terdiri daripada pelbagai kaum contohnya kaum melayu, kaum cina, kaum india dan sebagainya. Setiap kaum perlulah memupuk sikap perpaduan dalam kalangan masing-masing. Tetapi pada masa kini, perpaduan kaum di negara kami semakin terkikis. Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah ini. Antara langkah pertama adalah pihak sekolah perlu menerapkan semangat perpaduan kaum dalam kalangan pelajar. Contohnya melalui mata pelajaran Pendidikan moral dan juga mata pelajaran sejarah. Para pelajar boleh menyerap semua nilai yang dipelajari oleh mereka melalui mata pelajaran tertentu dan juga mengingatkan pengajaran yang telah berlaku di negara kita disebabkan masalah perpaduan kaum. Selain itu, pihak kerajaan boleh mengadakan kempen tentang kepentingan perpaduan kaum. Hal ini akan meningkatk...